Saturday 26 May 2012

saat aku jatuh cinta :)

" kaulah satu tulang dari tulangku..yang ku impikan selama hidupku..tuk bersanding dengan mu.." lirik lagu perkahwinan Kita Satu. :)
aku selalu berdoa, Tuhan akan memberikan aku pasangan hidup yang baik, yang takut akan Tuhan dan aku juga berfikir, adakah bakal suamiku juga berdoa meminta kepada Tuhan untuk depertemukan dengan aku ?
pernah aku terfikir..bagaimana aku boleh mengetahui bahawa orang itulah, lelaki itulah yang telag ditetapkan Tuhan sebagai pedamping hidupku ? sebagai lelaki yang selama ini kuimpikan? lelaki yang selama ini aku minta dalam doaku ? tulang dari tulangku ? bagaimana kalau salah ? bagaimana kalau bukan itu yang telah Tuhan tetapkan ? akhirnya aku berfikir...jangan risau..Tuhan punya cara ^_____^
aku berdoa supaya hatiku ditetapkan...aku berdoa agar aku tidak tersasar dari rencana Tuhan. kerana kau tahu Tuhan sudah menyediakan yang terbaik buat anak-anak yang setia kepadaNya. aku berdoa agar aku tidak tersilap langkah dalam kehidupan ku. aku berdoa aku kakiku tidak tersandung dalam kehidupan sehingga aku jatuh tergeletak hanya kerana cinta di dunia. biarlah Tuhan yang menentukan cerita cintaku, biar dengan cerita cintaku aku dapat memuji dan memuliakan Tuhan.
Tuhan tahu apa yang ada dalam hatiku...dia tahu saat aku terluka, dia tahu saat aku gembira, dia tahu saat aku memerlukan. dia tahu segala sesuatu dalam diriku. Tuhan tahu akan kekuranganku, maka Dia sediakan segala sesuatu bagi mencukupkan aku. apa saja yang tidak Tuhan lakukan buatku? mati saja dia sudah lakukan untukku dan anda semua..kerana cinta dan kasihnya yang tidak berbelah bahagi.
biarlah hidupku terus ada dalam rencana Tuhan. biarlah pasangan hidupku Tuhan yang tentukan sebab dia tahu apa yang terbaik bagiku...walau banyak kekecewaan yang aku alami, aku tahu aku pasti dikuatkan.. ^______^ bukan kerana kekuatan yang berasal dari diriku sendiri..tapi dari Tuhan yang aku andalkan sentiasa.
biarlah aku menjaga kesucian diriku sampai aku bertemu orang yang benar-benar berhak ke atas aku. aku tahu, bila waktunya tiba, apa yang ada dalam dunia ini yang dapat menghalang ? biarlah aku menjadi selalu ingat, bahawa pekerjaan Tuhan itu selalu indah pada waktunya. disaat kita meminta seekor rama-rama yang cantik, Tuhan berikan kita seekor ulat yang gemuk lagi buruk. disaat kita meminta sekuntum bunga mawar, Tuhan berikan kita pohon kaktus yang berduri....tapi tahulah kita, bila tiba waktunya, ulat yang gemuk dan pendek akan menjadi seekor rama-rama yang cantik, kaktus berduri akan memberikan bunga yang cantik..begitulah indahnya pekerjaan Tuhan...di saat aku meminta pasangan hidup, Dia benarkan aku jatuh cinta dan kecewa, bukan kerana dia tidak mengasihi aku..namun kerana Dia ingin aku benar-benar mengerti apa itu cinta sebelum aku benar-benar boleh mencintai orang sudah dia sediakan bagiku. ^_________^
begitu juga dengan saudara dan saudari. bertekunlah dalam berdoa dan bersukitalah dalam pengharapan..kerana janji-janji Tuhan ada buat kita,,untuk menyediakan yang terbaik buat kita..



Be blessed. God loves us all. 

No comments:

Post a Comment